Gaji Kamu, Dibayar Sekarang

Apa itu Earned Wages Access (EWA)?
Earned Wages Access (EWA) membolehkan syarikat memberikan pilihan kepada pekerja untuk mengakses upah yang diperoleh sebelum tarikh gaji yang ditetapkan. Berbeza dengan sistem gaji bulanan konvensional, di mana pekerja hanya menerima upah pada penghujung bulan, penyelesaian ini memberikan kemudahan kepada pekerja untuk mengakses dan menggunakan pendapatan mereka bila-bila masa diperlukan.

Perisian MyUpah

Pekerja ditawarkan pilihan untuk meningkatkan penguasaan kawalan kewangan dan membantu semasa mengalami kecemasan kewangan dengan diberi kemudahan/kelonggaran untuk akses kepada sebahagian daripada upah yang diperoleh sebelum tarikh gaji akhir bulan yang ditetapkan melalui penggunaan perisian sesawang “Cloud Base” MyUpah.

Jejaki Aktiviti EWA Pekerja anda dengan Papan Pemuka "Insights" kami

Papan pemuka "Insight" memperkenalkan ringkasan maklumat MyUpah kepada majikan, menyediakan analisa pengeluaran gaji pekerja, aktiviti akaun, dan penggunaan permohonan EWA. Bahagian pengguna pula memberikan butiran terperinci tentang jumlah pekerja yang menggunakan MyUpah, dan membantu dalam memerhati dan menilai kadar pendaftaran dan penerimaan.

Maklumat ini membolehkan majikan memahami penglibatan pekerja dengan platfom MyUpah , memberi pandangan tentang corak penggunaan dan interaksi mereka. Justeru membolehkan majikan mengesan dan menjangka permintaan gaji pekerja di MyUpah dengan berkesan, memudahkan perancangan proaktif dan peruntukan sumber kewangan.

Fungsi Menetapkan Peraturan dan Mengkonfigurasi Yang Tersedia Untuk Majikan

MyUpah menawarkan pendekatan sosial yang bertanggungjawab bagi pekerja anda untuk mengakses upah yang diperoleh sebelum hari gaji. Majikan boleh menetapkan konfigurasi tersendiri membuat kawalan ke atas masa dan jumlah gaji yang boleh diakses oleh pekerja, menghapuskan pekerja bergantung kepada kredit jangka pendek yang mahal dengan caj tersembunyi. MyUpah Ewa direka untuk memenuhi keperluan tenaga kerja moden dan menggalakkan akses gaji yang lebih fleksibel, membolehkan pekerja mengurus kewangan mereka dengan lebih berkesan. Dengan menawarkan kemudahan ini, anda meletakkan diri sebagai majikan yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan dan manfaat kepada pekerja anda.

Gaji Anda, Bila-Bila Masa

Earned Wages Access (EWA)

Manfaat kepada Majikan

Manfaat kepada Pekerja

"Kami melakukan ini bukan sahaja kerana tanggungjawab sosial, tetapi juga untuk melindungi maruah pekerja."

EWA membantu pekerja menghindari pinjaman berfaedah tinggi berserta pemberi pinjaman luar, tanpa mengira sama ada peminjam itu sah atau tidak. Tambahan pula, ini dapat membantu menghalang mereka daripada membuat pinjaman daripada rakan, rakan sekerja dan keluarga apabila menghadapi masalah kewangan.

Yang paling diperlu memberi perhatian ialah pekerja yang mempunyai masalah kewangan tetapi tidak mahu menyusahkan majikan mereka dengan meminta gaji pendahuluan. Dengan EWA, mereka boleh mengendalikan tekanan kewangan secara bebas tanpa menjejaskan maruah mereka atau berasa janggal di hadapan majikan. Perkara ini malah dapat menguntungkan kedua belah pihak!

Soalan Lazim (FAQ)

MyUpah ialah penyediaan kemudahan kewangan atas kerjasama dengan majikan untuk membolehkan mereka menawarkan pekerja mereka pilihan untuk mengakses gaji yang telah dikerjakan lebih awal dari tarikh gaji bulanan yang ditetapkan.
Melalui aplikasi MyUpah, pekerja boleh mengakses sebahagian daripada gaji mereka hanya di hujung jari. Prosesnya melibatkan log masuk ke aplikasi, menyemak jumlah gaji yang diperoleh dan mengeluarkannya terus ke akaun gaji bank pekerja.
Tidak, Earned Wage Access (EWA) bukan pinjaman atau sebarang kredit. EWA membolehkan pekerja mengakses gaji mereka yang telah diperoleh lebih awal dari tarikh gaji  
Pekerja boleh meminta pengeluaran sebaik sahaja mereka diberi akses oleh HR. Mereka boleh mengakses gaji yang telah diperoleh pada bila-bila masa sepanjang bulan sehingga tarikh pemotongan gaji.
Tidak, tiada kesan keatas potongan berkanun kerana gaji pokok tidak berubah
a) Pengguna baharu perlu membuat akaun terlebih dahulu dengan mengklik butang "buat akaun baru" dalam platform. Ikuti arahan seterusnya untuk mendaftarkan akaun anda.

b) Pengguna yang telah ada akaun tersendiri, tekan butang "log masuk" dan masukkan maklumat yang telah didaftarkan sebelum ini. Selepas pengesahan, nyatakan nilai pengeluaran pilihan dan aktifkan fungsi 'Pengeluaran'. Selepas itu, sahkan jumlah transaksi yang ditentukan untuk memulan pemprosesan pengeluaran anda.
Pengguna yang layak akan mendapat akses segera kepada gaji mereka setelah berjaya mendaftar di platfom MyUpah.
Cuma terdapat caj pemprosesan minima. Oleh kerana perkhidmatan ini tidak diklasifikasikan sebagai pinjaman, tiada faedah yang berkaitan atau caj tersembunyi.
Selepas pemintaan pengeluaran, gaji boleh mengambil masa selama 24-48 jam untuk dimasukkan ke dalam akaun bank gaji, bergantung pada masa pemprosesan institusi perbankan dan kelulusan majikan (jika majikan memerlukan permintaan gaji awal mendapatkan kelulusan)  
Had kekerapan pengeluaran ditentukan atas dasar khusus syarikat.
Masalah mengakses platform MyUpah boleh dikaitkan dengan beberapa faktor. Berikut ialah punca biasa dan penyelesaian kepada masalah tersebut: Memasukkan maklumat yang salah: Pastikan butiran log masuk yang diisi adalah tepat. Jika terlupa kata laluan, anda boleh meminta ketetapan semula dengan memilih "Terlupa Kata Laluan" pada skrin log masuk. Isu ketersambungan: Semak kestabilan sambungan internet anda. Ketersediaan internet yang berterusan adalah diperlukan untuk melangsungkan fungsi log masuk. Sekiranya penyelesaian diatas masih tidak berkesan, hubungi pasukan sokongan MyUpah untuk mendapatkan bantuan lanjut.

MYUPAH TECHNOLOGY SDN BHD
202301037156 (1531079-­T)
No76 - (Level 2), Jalan Radin Anum 1,
Bandar Baru Sri Petaling, Sri Petaling,
57000 Kuala Lumpur

E-mel

info@myupah.com

Telefon

+6016.248.3713